0193605458/0192766433
Eksplorasi Cabaran Sejarah

Utama

22ECS (Eksplorasi Cabaran Sejarah) adalah sebuah perisian permainan dan pembelajaran sejarah yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan memenangi pingat emas (GOLD MEDAL OF INNOVATIVE EXCELLENCE) kategori Pendidikan di pameran produk penyelidikan peringkat antarabangsa INPEX pada 13-15 Jun 2012 di Pittsburgh, Pennsylvania, USA. ECS ini juga telah mendapat pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia apabila dinobatkan Johan Keseluruhan Anugerah Menteri Pelajaran dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2012 yang telah diadakan di Hotel Royale Bintang Seremban Negeri Sembilan.

Pada tahun 2013 Projek ECS yang mewakili kementerian Pendidikan Malaysia dalam national convention on Team Excellence anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Bukit Gambang Resort City Kuantan, Pahang telah berjaya memenangi anugerah Pengerusi MPC, Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik dan Anugerah Emas 3 Bintang. Kejayaan cemerlang ini membolehkan kumpulan Master-H pada tahun 2014 mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa untuk dipertandingkan dalam International Conference on Quality di Tokyo, Jepun yang diadakan 3 tahun sekali dan ditaja oleh American Society for Quality (ASQ), European Organization for Quality (EOQ) dan Japanese Scientists and Engineers (JUSE). Dalam pertandingan tersebut 1000 peserta terlibat mewakili 38 negara dan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PAsukan Master-H berjaya menggunguli anugerah pingat emas dalam pertandingan SGA kaizen Competition Stream International Conference on Quality ICQ 2014. Pertandingan yang buat pertama kali diadakan ini mencatat sejarah apabila pasukan Master-H yang mewakili KPM tersenarai dalam rekod pencapaian ICQ sebagai pasukan yang berjaya memenangi pingat emas.

24Perisian ini meliputi silibus subjek Sejarah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 untuk para pelajar yang menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Perisian pembelajaran maya (vitual education) yang pertama di negara ini khasnya untuk subjek Sejarah berasaskan konsep ‘Bermain Sambil Belajar’ diciptakan sebagai alat bantu mengajar secara persendirian mahupun di dalam kelas. Perisian permainan interaktif ini juga dicipta khas menggunakan animasi 3D permainan monopoli, sistem kuiz, analisa prestasi dan dilengkapi dengan akses ke pangkalan data yang mengandungi lebih 2000 soalan SPM terkumpul.

ECS (Eksplorasi Cabaran Sejarah) telah dibangunkan pada tahun 2010. Pada peringkat awal ECS dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar dalam bentuk papan permainan yang mengandungi 1000 soalan yang khusus kepada mata pelajaran Sejarah . Pada tahun 2012 telah memperkembangkan projek ini dalam bentuk perisisan animasi ECS yang diharapkan dapat dimiliki oleh semua pelajar seluruh Malaysia dengan harga yang murah dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi subjek Sejarah khasnya pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia yang menghadapi Peperiksaan Sejarah Wajib Lulus bermula tahun 2013.

PERNAH DI SIARKAN DI:

BERSIARAN DIA

 

SOKONGAN DAN KERJASAMA:

logo

Aktiviti Terkini

ECS BERSIARAN SECARA LANGSUNG DI RANGKAIAN MEDIA PRIMA

Alhamdulillah dengan kerja pihak Kementerian Pelajaran Malaysia Projek ECS berjaya di realisasikan dan di siarkan secara meluas di beberapa media tempatan seperti TV3, Berita Harian, Harian Metro, KOSMO dan New Street Time. Terima Kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami. Berikut adalah media semasa yang ECS pernah bersiaran sebelum ini..  

ECS MENANG PINGAT EMAS DI ICQ JAPAN

KEJAYAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MEMENANGI GOLD AWARD SEMPENA INTERNATIONAL CONFERENCE ON QUALITY (ICQ) 19-22 OKTOBER 2014 DI KEIO PLAZA HOTEL TOKYO JEPUN Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mencatat sejarah baru-baru ini apabila tersenarai dalam rekod pencapaian International Conference on Quality (ICQ) di Tokyo Jepun dengan memenangi Gold Award 2014 .…

SOKONGAN DAN KERJASAMA

Berikut adalah hasil kerjasama yang di lakukan atas projek ECS ini. Dengan sokongan dan kerjasama yang ada ini memberikan kelebihan kepada Projek ECS untuk terus membantu para pelajar dalam matapelajaran sejarah.

PRAKATA VVIP

ECS yang dihasilkan oleh usaha gigih guru-guru sejarah yang diketuai oleh En Mohd Zulhelmi Bin Mansor telah pun mendapat  perakuan dan pengiktirafan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan, Prof. Dato‟ Dr. Mohd Ali Hj. Baharum Presiden ANGKASA, Datuk Hj. Md. Yusof Bin Samsudin Mantan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan…